KAYAKAN KAMI DUNIA AKHIRAT

Slide44

“Iman dan takwa kepada Allah s.w.t. kesempurnaan hidup akhirat”; telah mentarbiahkan kita bahawa antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat mempunyai prinsip dan ciri-ciri yang tersendiri, yang memaksa setiap insan yang lahir di dunia wajar mempelajari dan menterjemah kan dalam kehidupannya mengenai disiplin pembangunan yang ditarbiahkan oleh dokumen wahyu dari Allah s.w.t. yang disampaikan melalui malaikat Jibril yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w..

Al-Quran adalah mukzizat Allah yang dipertanggugjawabkan kepada manusia (Muhammad) untuk dijadikan sebagai panduan hidup atau cara hidup masyarakat mukmin. Al-Quran merupakan asas untuk mendapat kekayaan dunia dan akhirat, kerana orang yang berilmu tidak sama dengan orang tidak berilmu. Islam adalah agama ilmu yang sumbernya ialah dokumen wahyu Illahi berkenaan.

Baginda Rasil Nabi Muhammad s.a.w. diutus ke dunia untuk memperbaiki akhlak manusia dengan berpandukan al-Quranul Karim. Islam adalah agama Allah yang telah disempurnakan-Nya untuk manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “…….Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.” (Al-Maaidah:5:3)

Antara kekayaan dunia dan kekayaan akhirat kita perlukan kekuatan iman untuk menyelami kedua fenomena tersebut terutama sekali dalam melahirkan pembangunan kehidupan di dunia demi merealisasikan kekayaannya sebagi dana pahala di akhirat nanti. Sebelum kita menjalajai fenomena kakayaan dunia terlebih dahulu kita perlu memahami apa dia itu “kekayaan” dalam kontek akidah.

Apakah hakikat kekayaan, dan apa hakikat kemiskinan? Para ulamak memutuskan bahwa “Orang yang kaya ialah orang yang sedikit keperluannya,”Jadi jangka turun naik kekayaan dan kemiskinan, ialah hajat dan keperluan. Siapa yang paling sedikit keperluannya, itulah orang paling kaya dan siapa yang amat banyak keperluan itulah orang yang miskin. Sebab itu yang maha kaya hanya Allah, sebab Allah tidak berkehendak keperluan atau hajat.

Orang yang banyak keperluan dalam hidup adalah orang yang paling miskin disebabkan kemahuan itu tidak ada penyudahnya. Ahli ekonomi mengatakan bahawa “There is no end in wants,” yang bermaksud tidak ada penyudahnya kepada kemahuan seseorang yang banyak harta atau kaya raya. Semakin banyak hartanya semakin banyak rancangan untuk mendapakan kemahuannya. Kegagalan untuk memenuhi kemahuan itulah menjadikan jiwanya miskin.

Felosofi pemikiran orang yang kaya raya serupa dengan perasaan dan pemikiran orang yang ilmuan atau menuntut ilmu. Menuntut ilmu membuat kita merasakan bahawa semakin banyak ilmu yang kita tahu semakin banyak lagi ilmu yang kita belum mengatahui! Apalah erti setitis air yang membasahi jari kita jika kita culupkan kedalam laut dan tarik, itulah ilmu manusia di alam ini berbanding dengan ilmunya Allah bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.

Jika air lautan itu dijadikan tinta atau dawat untuk mencatat ilmunya Allah, sehingga kering air lautan pun tidak dapat menghabiskan mencatat ilmu Allah. Dan jika dilipat gandakan air lautan itu pun tidak akan dapat menghabiskan mencatat ilmu Allah.

Walaubagaimanapun menuntut ilmu; semakin banyak ilmu yang kita kuasai akan semakin waras pemikiran kita dibuatnya maka itu menjadi pemangkin kepada jiwa untuk terus mencari ilmu dan bukan kita menjadi bodoh kerana banyak ilmu! Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umat manusia bahawa menuntut ilmu adalah dari buaian hingga ke liang lahad atau “long life leaning.

Raja-raja adalah orang yang paling miskin, kerana keperluannya sangat banyak. Di dunia

seorang raja diikat oleh bermacam-macam aturan dan keperluan dan di akhirat akan dibuka pula perkaranya yang besar-besar, sebagaimana yang diterangkan oleh Sayidina Abu Bakar.

Dasar segala yang tersebut itu, pergantungnnya ialah diri sendiri. Kalau orang hendak kaya, cukuplah apa yang ada jangan bernafsu hendak memiliki kepunyaan orang lain, hadapkan saja muka di dalam taat kepada Allah, tenteramkan jiwa di dalam menghadapi alhayat. Kalau dengan harta yang ada dalam tangan, kita ingin kata, dalam sebentar waktu keinginan itu boleh tercapai, iaitu takaran hidup berdiri di atas kesederhanaan, sudah menafkahkan harta pada barang yang berfaedah apa lagi di zaman kini, yang membanyakkan belanja orang sehari-hari itu bukanlah keperluan yang penting. Yang membesarkan belanja kerapkali barang yang tak perlu, perhiasan yang berlebih-lebihan.

Kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudah menerima walaupun berlipat ganda beratus ribu billion, sebab dia nikmat Tuhan. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab dia datang dari sana dan akan kembali ke sana. Jika kekayaan melimpah ialah untuk menyokong amal dan ibadat, iman dan untuk membina keteguhan hati menyebabkan Tuhan. Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab dia pemberian Tuhan. Pergunakan kepada yang berfaedah.

Kekayaan majazi, menurut kebiasaan aturan hidup di zaman sekarang ini, ialah menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, yang menyebabkan buta dari pertim- bangan, sehingga hilang cinta kepada yang lain, kepada bangsa dan tanahair, agama, Tuhan, bahkan Tuhan itu tidak dipercayai lagi.

Hilang cinta kepada segala yang patut dicintai, bahkan kadang-kadang diri sendiri sudah lupa mencintainya, sebab telah ditumpah kepada harta. Orang yang kaya begini, akan mengalami dua bahaya mengancamnya, pertama penyakit bakhil, kedua penyakit boros dan royal (meng- hamburkan harta), sombong dan takbur, lupa bahawa manusia sentiasa diancam bahaya yang mengerikan.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya kepada Ali, mengenai pilihannya antara kekayaan dengan ilmu? “Ali dengan jelas memilih ilmu. Baginda kemudian bertanya lagi “mengapa Ali pilih ilmu?” Ali menjelaskan bahawa jika kekayaan itu didermakan kepada orang lain, ia berkurangan, tetapi jika ilmu itu diberi atau diajarkan kepada orang lain, orang itu bertambah ilmunya dan pada diri anda juga ilmu anda semakin mantap bertambah kuat pula.
Ilmu itu membina manusia lebih bertamadun dan ia mendekatkan diri kepada Allah. Ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna kepada diri seseorang(Al Attas). Dengan ilmu, ia membolehkan seseorang itu lebih tawadhu kerana ia tahu bahawa segala sesuatu itu adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Ilmu merupakan hak gunapakai semata kepada manusia tetapi ilmu itu adalah hak mutlak kepada Allah.

Ilmu yang diamal semasa hidup di dunia menemani kita ke dunia akhirat dan Allah akan menempatkan kita di syurga-Nya bersama-sama orang yang menjadi kekasih Allah. Minikmati kebahagian di dunia harus dengan ilmu; inginkan kebahagian di akhirat wajar dengan ilmu dan jika kita inginkan kebahagian di kedua-duanya, dunia dan akhirat juga harus dengan ilmu.

Ilmu itu mengimbangi kekayaan dunia dan kekayaan akhirat dengan syarat akal dan iman memandu manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t.. Akal dan iman yang dipimpin oleh ilmu akidah akan memurnikan muamalat hidup sebagai khalifah Allah. Tetapi jika teka teki pembangunan kehidupan di dunia dimanipulasikan oleh hawa nafsu manusia maka agenda pembangunan lebih mengutamakan kepentingan diri yang akan mengheret manusia menjadi paling miskin di sisi Allah s.w.t..
Orang yang kaya raya itu perlu penjagaan, keperluannya kepada penjagaan menyebabkan

dia miskin. Dia kaya raya perlu berubat kalau sakit. Keperluannya kepada ubat, satu dari tanda kemiskinannya. Dia takut mati, keperluannya menangis kematian, adalah tanda dari kemiskinan. Sebab itu, orang yang kaya yang majazi, ialah orang miskin yang hakiki. Sebaliknya orang miskin majazi adalah kaya yang hakiki.

Orang yang kaya raya diperhambakan oleh kekayaannya sebab dia bertungkus lumus menjaga kekayaannya takut jatuh menjadi miskin. Maka itu ikhtiar menjaga kekayaannya menjadikannya sebagai seorang yang miskin.Tetapi orang yang berilmu, ia tidak perlu jaga ilmunya malah ilmunyalah menjaganya agar kekayaannya menjadi hakiki dalam hidup di dunia sampai ke dunia akhirat.
Apakah perbezaan antara orang yang banyak harta dengan orang hanya berbaju yang lekat di tubuhnya itu saja? Adakah berbeza demam yang mereka hidapkan? Tidak….Walaupun orang kaya tidur di tilam tebal dan berselimut mahal, dan orang miskin tidur beratapkan langit saja. Kedua-duanya tidak dapat mengurangi penyakit.

Kematian boleh datang menyerang seorang kaya yang sedang berada di atas singgahsana keemasan, dijaga oleh dayang-dayang yang ramai, beratus-ratus pengawal yang berdiri di muka pintu. Kematian pun boleh datang kepada seorang peminta-minta sehingga dia tersungkur di tepi jalan. Si kaya dikafani orang dengan kain sutera, si miskin dikafani dengan pakaian yang lekat di badannya.
Si kaya dihantar ke kubur oleh beribu-ribu orang. Si papa dihantar oleh kuli Kotapraja yang memungut mayatnya. Keduanya sampai ke kuburan, di perhentian besar yang tidak membezakan darjat orang. Setelah sepuluh atau dua puluh hari di belakang, hancurlah kafan sutera sebagaimana hancurnya pakaian yang lekat di badan di papa tadi.

Kalau nyata bahawa harta ta’ dapat menangkis, menolak demam, ta’dapat menghindarkan maut, nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa juga dengan yang menimpa orang miskin. Memang mahal pakaian yang dipakai oleh orang-orang yang banyak harta tetapi sungguhpun mahal, yang dipakinya tidak lebih daripada penutup tubuhnya, sebagaimana yang dipakai oleh si papa tadi.
Orang kaya terkenal dengan kekayaannya tetapi orang miskin boleh terkenal dengan usahanya. Kerapkali sejarah mengatakan bahawa orang masyur, yang telah mendapatkan kedudukan mulia, orang popular dan mengagumkan atau ahli-ahli ilmu yang besar, ataupun pengarang-pengarang ternama, ahli syair, ahli seni, timbul dari kalangan orang-orang fakir dan melarat.

Muhammad s.a.w mengubah dunia yang besar itu, ketika dua bulan dalam kandungan ibunya, ayahnya meninggal dunia. Ketika dia berumur enam tahun ibunya meninggal, umur lapan tahun nenek yang mengasuhnya meninggal pula. Pusaka ayahnya hanya lima ekor unta saja. Demikian juga daripada nabi-nabi yang sebelumnya. Orang-orang yang besar datang kemudian pun demikian pula.

Abdul Rahman Dakhil (Fatih) yang mendirikan Kerajaan Bani Umaiyah di Spanyol, hanya seorang pelarian politik. Salahuddin al-Ayyubi pembela Paletin, hanya seorang anak seldadu. Ibnu Saad hanya seorang anak raja terbuang ke rumah Syeikh Mubarak As Sabah di kueit, Reza Sah Pahlavi, Raja Persia (Iran) dalam usia 30 tahun barulah pandai menulis dan membaca.

Imam Shafie yang terkenal adalah seorang anak yatim yang kuat hati hendak menuntut ilmu. Imam Malik, barulah di hari tuanya mengecap keenakan harta benda, setelah mendapat hadiah banyak dari raja-raja Bani Abbas.

Abdul Ula Alma’ry, seorang miskin di negeri Ma’arrah, yang buta sejak kecil yang
terkenal dengan gelar Abdul Ula(ayah ketinggian) sebab falsafah dan syairnya yang indah. Kurang senang dengan gelaran Abul Ula, dan lebih suka diberi gelar “Rahainul Mahbasain” (seorang yang terkurung dalam dua penjara, penjara kebutaannya dan penjarakemelaratannya.)

Orang-orag besar yang demikian sedikit sekali tumbuh dari kalangan orang kaya-raya. Meskipun ahli falsafah mengakui juga bahawa orang-orang yang banyak harta sanggup menambah ilmu pengetahuan sampai tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s